Perkongsian yang dicoretkan oleh seorang doktor,Erna Nadia dilaman facebook miliknya.Semalam ada seorang pesakit wanita berumur 48 tahun datang untuk temujanji darah tinggi dan kolestrol.Bacaan darah dia agak rendah 108/67,nadi normal 72.Keputusan darah boleh tahan.Tapi berat badan dia semakin naik,muka makin sembab dan badan rasa sangat lemah.
Saya hanya mampu menggeleng.Macam-macam betul 'ubat' sekarang ini.Untuk cuci darah lah,untukbuang toksin dalam badan,untuk detox,untuk kuruslah.Bila di tegur tentang gaya hidup melenting pula.
Cuci darah itu adalah hemodialysis atau boleh juga peritoneal dialysis.Tiada ubat spesifik untuk tujuan
ini melainkan menggunakan mesin dialysis atau alat sepatutnya.Bukan suka suki sahaja boleh cuci darah.Ianya dilakukan untuk pesakit yang buah pinggang sudah rosak teruk.Ianya bukanlah seperti mencuci baju atau kotoran biasa.
Toksin juga boleh berpunca dari pengambilan makanan dan ubat-ubatan sintetik,herba mahupun supplemen.Makanan ringan ataupun'junk food' yang kaya dengan perisa tambahan serta makanan berproses seperti burger,sosej,nugget dan sebagainya adalah penyumbang utama pengumpulan toksin didalam badan.Termasuk minuman berkafein seperti kopi,teh atau kola juga boleh menyumbangkan toksin.
Gaya hidup tidak sihat seperti merokok serta stress juga boleh menyebabkan badan kita lebih mudah menyerapdan mengumpulkan toksin didalam badan.
Toksin adalah bendasing yang perlu dinyahkan atau dibuang.Ia boleh menggangu sistem badan serta kesihatan kita secara keseluruhannya.Toksin yang banyak didalam badan boleh menyebabkan masalah-masalah seperti berikut :-
Mitos Nyahtoksin Badan
Kata dia,dia makan seperti biasa sahaja tapi pelik kenapa berat badan semakin naik.Dia bertanya adakah sebab faktor usia.Saya tanya balik,puan ada amalkan sebarang supplemen ke?.Jawab dia ada dan beli di farmasi setelah terpengaruh bahawa supplemen itu mampu mencuci darah.Lawak juga bila dengar sebab saya cakap cuci darah itu hemodialysis akak.Seminggu kena buat 3 kali dan menggunakan mesin.Tapi dia menyatakan bahawa cuci darah itu macam untuk membuang toksin didalam badan.
Saya hanya mampu menggeleng.Macam-macam betul 'ubat' sekarang ini.Untuk cuci darah lah,untukbuang toksin dalam badan,untuk detox,untuk kuruslah.Bila di tegur tentang gaya hidup melenting pula.
Cuci darah itu adalah hemodialysis atau boleh juga peritoneal dialysis.Tiada ubat spesifik untuk tujuan
ini melainkan menggunakan mesin dialysis atau alat sepatutnya.Bukan suka suki sahaja boleh cuci darah.Ianya dilakukan untuk pesakit yang buah pinggang sudah rosak teruk.Ianya bukanlah seperti mencuci baju atau kotoran biasa.
Apa itu toksin
Pening juga bila pesakit bercakap pasal toksin dalam badan.Entah mereka faham atau tidak apa itu toksin.Toksin ini berpunca dari pelbagai sumber.Toksin boleh terkumpul disebabkan udara.Contohnya jika kita sering menghidu asap rokok,pewangi udara,asap,cat,gam dan sebagainya.Toksin juga boleh berpunca dari pengambilan makanan dan ubat-ubatan sintetik,herba mahupun supplemen.Makanan ringan ataupun'junk food' yang kaya dengan perisa tambahan serta makanan berproses seperti burger,sosej,nugget dan sebagainya adalah penyumbang utama pengumpulan toksin didalam badan.Termasuk minuman berkafein seperti kopi,teh atau kola juga boleh menyumbangkan toksin.
Gaya hidup tidak sihat seperti merokok serta stress juga boleh menyebabkan badan kita lebih mudah menyerapdan mengumpulkan toksin didalam badan.
Toksin adalah bendasing yang perlu dinyahkan atau dibuang.Ia boleh menggangu sistem badan serta kesihatan kita secara keseluruhannya.Toksin yang banyak didalam badan boleh menyebabkan masalah-masalah seperti berikut :-
- Masalah penghadaman
- Sembelit
- Sakit kepala
- Jerawat dimuka dan seluruh badan
- Berat badan berlebihan
- Masalah kulit
- Sistem imun badan yang lemah
- Insomnia(sukar untuk tidur)
- Haid tidak teratur
- Penuaan sebelum masanya
- Badan tidak mampu menyerap nutrisi dengan baik
Kaedah semulajadi untuk membuang toksin dalam badan
- Berpuasa (1 hari dalam seminggu) - berpuasa membantu kita merehatkan sistem badan secara keseluruhannya dan merehatkan sistem perut.
- Mengambil makanan tinggi serat(fiber) - ia membantu membuang toksin didalam usus serta sistem penghadaman kita,contohnya makanan berserat tinggi adalah sayur-sayuran,berries,jus lemon/limau,gandum dan oat.
- Mengawal pemakanan - mengambil lebih banyak makanan yang menyihatkan dan berasaskan bahan semulajadi.Elakkan makanan berproses seperti sosej,burger,nuggetdan sebagainya.Kurangkan juga pengambilan minuman yang tinggi kafein seperti kopi,teh dan kola.
- Minum air masak/air kosong yang cukup - minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari.
- Bersenam- senaman mampu membantu membakar lemak dan menyihatkan tubuh badan selain toksin dinyahkeluarkan melalui peluh.
Jadi kenapa perlu membazir beratus atau beribu ringgit untuk perkara yang kita boleh dapatkan secara percuma sahaja.Kan.?Tidak ada benda 'automatik' atau segera dalam hidup ini.'Ubat cuci darah''ubat detox' itu semua adalah penyumbang kepada toksin didalam badan kita.Kasihankanlah pada hati dan buah pinggang kena berkerja lebih dari biasa.
Apalah gunanya kalau kita ambil detox tapi masih makan makanan yang berlemak,berminyak,merokok dan makan makanan segera.Cukup-cukuplah menipu pesakit dan masyarakat dengan produk-produk yang tidak tahu apa isi kandungannya.
Sabda Rasullulah S.A.W "Jauhilah kamu makan dan minum yang berlebih-lebihan,kerana yang demikian dapat merosak kesihatan tubuh."(H.RBukhari)
Ulasan
Catat Ulasan