Semakan daftar pemilih boleh dilakukan melalui kaedah menghantar sms dan juga secara dalam talian (Online). Individu yang berumur 21 tahun keatas dan berkelayakan diminta mendaftar sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum mahupun Pilihan Raya Kecil yang diadakan didalam Malaysia.
Sebagai seorang rakyat Malaysia,anda telah diberi hak untuk mengundi bagi memilih pemimpin sewaktu Pilihan Raya dilakukan untuk memimpin negara.Semakan daftar pemilih(pengundi) boleh dilakukan sepanjang tahun.
Bagi mereka yang telah mendaftar Pemilih secara online boleh menyemak maklumat melalui atas talian mahupun secara sms dengan cara berikut.
Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
(contoh: SPR SEMAK 000000000000 hantar ke 15888)
Manakala untuk menyemak daftar Pemilih Secara Online boleh dilakukan di alamat web SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR) http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/
Pemilih juga boleh menyemak daftar Pemilih dengan menghubungi SuruhanJaya Pilihan Raya SPR di talian 03-8892 7000.
Pendaftaran sebagai Pemilih boleh dilakukan di SuruhanJaya Pilihan Raya(SPR),Pejabat Pilihan Raya Negeri,Pejabat Pos mahupun kaunter bergerak yang disediakan oleh Pejabat SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR).
Sebagai seorang rakyat Malaysia,anda telah diberi hak untuk mengundi bagi memilih pemimpin sewaktu Pilihan Raya dilakukan untuk memimpin negara.Semakan daftar pemilih(pengundi) boleh dilakukan sepanjang tahun.
Cara Semak Daftar Pemilih secara SMS dan Online
Bagi mereka yang telah mendaftar Pemilih secara online boleh menyemak maklumat melalui atas talian mahupun secara sms dengan cara berikut.
SEMAK DAFTAR PEMILIH SECARA SMS
Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
(contoh: SPR SEMAK 000000000000 hantar ke 15888)
Manakala untuk menyemak daftar Pemilih Secara Online boleh dilakukan di alamat web SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR) http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/
Pemilih juga boleh menyemak daftar Pemilih dengan menghubungi SuruhanJaya Pilihan Raya SPR di talian 03-8892 7000.
Cara Mendaftar sebagai Pemilih Pilihan Raya
Syarat minimum untuk mendaftar sebagai pemilih adalah berumur 21 tahun dan keatas,bermastautin didalam bahagian atau kawasan Pilihan Raya.Pendaftaran sebagai Pemilih boleh dilakukan di SuruhanJaya Pilihan Raya(SPR),Pejabat Pilihan Raya Negeri,Pejabat Pos mahupun kaunter bergerak yang disediakan oleh Pejabat SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR).
Syarat Mendaftar Pemilih Pilihan Raya
Mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:- Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
- Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
- Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
Pendaftaran sebagai Pengundi Tidak Hadir(PTH) dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
- Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
- Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
- Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
(a)Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
(b)Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

Ulasan
Catat Ulasan