Bolehkah kad pengenalan kita diambil dan disimpan oleh pihak lain seperti pengawal keselamatan dan orang awam lain.Ada sesetengah premis serta bangunan mensyaratkan untuk meninggalkan kad pengenalan sekiranya ingin memasuki bangunan tersebut.Persoalannya bolehkan pihak terbabit menyimpan kad pengenalan kita?
Namun demikian berdasarkan peraturan Pendaftaran Negara membenarkan,pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang bertanggungjawab berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan dan memulangkan semula kad pengenalan kepada pemilik selepas menelitinya.
Hak Sebagai Pemilik MyKad
Jawapannya tentu tidak boleh sekali.Ini berdasarkan sumber dari Jabatan Pendaftaran Negara,semua pihak tidak boleh menyimpankad pengenalan orang lain,kecuali telah mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Ini bertujuan melindungi agar data serta maklumat peribadi yang berada didalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan oleh pihak lain demi kepentingan mereka.Seperti ada yang dilaporkan terdapat kes dimana terdapat individu yang menjalankan sindiket pemalsuan kad pengenalan.Mereka menjual kad pengenalan palsu dengan lingkungan harga RM 1500 hingga mencecah RM 10,000.
Akta Pendaftaran Negara
Adalah menjadi kesalahan dan akan didakwa di bawahAkta Pendaftaran Negara 1959
kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain.Sekiranya pihak tersebut ingkar mereka akan dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25
yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.Namun demikian berdasarkan peraturan Pendaftaran Negara membenarkan,pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang bertanggungjawab berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan dan memulangkan semula kad pengenalan kepada pemilik selepas menelitinya.
Berhati-hati dengan maklumat dalam kad pengenalan anda.Bimbang jika berlaku kecurian identiti atau identity theft yang akan menggunakan nama anda sama ada untuk permohonan hutang atau kesalahan jenayah yang lain.
Ulasan
Catat Ulasan