BARU BELAJAR PENULISAN SEO FRIENDLY DI BLOG

Belajar Penulisan Seo Friendly diblog,teknik penulisan SEO agak penting bagi memastikan agar blog terpapar dan dipamerkan di muka depan dalam carian google,mungkin sebelum ini bagi blogger yang baru tidak mengendahkan serta mengabaikan untuk mempraktikan penulisan SEO ini.


Terdapat dua teknik yang perlu difahami adalah penulisan ON PAGE SEO dan OFF PAGE SEO.Teknik ini memerlukan ketahanan jiwa dan konsisten untuk mempraktikkan semasa penulisan diblog demi mendapatkan hasil yang diinginkan.

Belajar Penulisan Seo Friendly Di Blog

  1. SEO-(SEARCH ENGINE OPTIMIZATION)-Maksud lain SEO adalah mampu memberikan trafik organik dan menarik pengunjung menerusi laman carian seperti Google,Yahoo dan Bing yang popular digunakan untuk mencari maklumat di internet.
  2. (TEKNIK ON PAGE SEO)-Adalah teknik cara meletakkan kata kunci yang betul serta perlu mempunyai variasi berulang-ulang dalam bentuk penyusunan kata kunci,penggunaan kata kunci dan gambar serta pelbagai kaedah lain lagi.
  3. (TEKNIK OFF PAGE SEO)-Merupakan teknik kita mempromosikan blog,contohnya melalui media sosial seperti Facebook,Instagram ,Twitter dan pelbagai media sosial yang ada sekarang.Ia bertujuan bagi memperlihatkan agar blog kita mempunyai isi kandungan yang berkualiti dan dipercayai melalui maklumat yang telah dikongsi oleh pengguna internet.


Belajar Penulisan SEO Friendly ini amat memerlukan kerajinan dan usaha yang lebih dalam mencari lagi cara serta kaedah yang betul bagi memperbaiki lagi mutu penulisan SEO diblog.Ia perlu diterapkan dan sentiasa dilakukan agar dapat dilihat perbezaannya.

Ulasan