TIPS MENGENAL PASTI PENIPUAN SKIM PONZI DARI BNM

Pelbagai skim penipuan ponzi telah muncul dan wujud sejak beberapa dekad yang lalu.Pelbagai cara dan tawaran yang diberikan kepada mangsa bagi mengaburi mata mangsa.Antara yang popular adalah skim Pak Man Telo yang suatu masa dahulu dimana terlalu ramai yang terpedaya.

sistem ponzi,skim cepat kaya

Walaupun zaman berlalu dan sudah pun melalui Alaf Baru namun skim-skim ponzi ini turut mengalami perubahan dan cara penipuan yang amat licik sehingga golongan yang berpelajaran turut terjebak dan terjerat dengan skim ponzi sebegini.Antara punca adalah disebabkan sikap tamak serta ingin memperoleh kekayaan dengan jalan yang mudah.

Sikap sebegini yang dicari oleh pencipta sistem ponzi untuk memerangkap mangsanya dengan menjanjikan kekayaan yang luar biasa dengan cara yang mudah.Antara dengan cara membuka peluang peluang pelaburan yang baru kepada mangsa.Menjanjikan pulangan yang tinggi dan mencipta wang yang banyak.

skim cepat kaya malaysia

Antara cara  dan tips untuk mengenal pasti skim penipuan ponzi yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah;

TIPS MENGENAL SKIM PENIPUAN PONZI DARI BANK NEGARA MALAYSIA


  1. Skim menawarkan pulangan yang tinggi dan luar biasa daripada skim yang biasa ditawarkan dipasaran terbuka contoh ASB tanpa sebarang risiko.
  2. Komisen diberi jika berjaya mencari ahli baru bagi menyertai dan melabur didalam skim tersebut.
  3. Perlu memberikan wang pendahuluan kepada syarikat.
  4. Syarikat berdaftar tapi tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  5. Tawaran pulangan yang lebih tinggi jika tidak menarik pelaburan dalam tempoh tertentu.

VIDEO SKIM PENIPUAN PONZI BNM

P/S BERWASPADA DENGAN TAWARAN YANG TIDAK MUNASABAH

Ulasan