UPACARA MA'NENE MASYARAKAT TOJARAN SULAWESI INDONESIA

Upacara Ma'nene atau dikenali sebagai Penyucian mayat adalah sebagai tanda hormat keluarga kepada simati.Adat yang telah diwarisi sejak turun temurun ini masih lagi dipraktikan diamalkan hingga kini.Upacara Ma'nene ini dilakukan selang 3 tahun sekali.

ritual agama,upacara agama

Kepulauan Sulawesi dihuni oleh golongan etnik asli Tojaran yang mana kebanyakan mereka beragama kristian dan masih berpegang teguh dengan Upacara Ma'nene ini.Dimana mayat yang telah dikebumikan akan digali dan dibersihkan serta dipakaikan dengan pakaian yang baru,kemudian diarak disekeliling kampung.


Mayat yang telah dibersihkan akan didandan dan dihias kemudian dibaca mentera atau jampi sebagai tanda penghormatan kepada mayat dari kaum keluarga.Tradisi ini juga menjadi salah satu cara mereka untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

ritual agama,etnik manene

Manakala bagi upacara pengebumian dimulai dengan menyembelih lembu atau kerbau yang bertanduk.Kepala haiwan sembelihan tadi akan diletakkan dihadapan rumah simati.Status atau pangkat seseorang pula diukur berdasarkan panjang serta tinggi tanduk haiwan sembelihan.Acara pengebumian ini akan mengambil masa sehingga dua atau tiga hari baru disempurnakan.

'Tau-tau' yang merupakan patung menjadi simbolik bagi menjadi penjaga kubur akan diletakan berhampiran.Selain itu masyarakat ini juga percaya yang mayat tidak mati tetapi mengalami penyakit serta hanya tidur sahaja.

Ulasan